Wednesday, July 15, 2009

realisme

Realisme? Mungkin sukar utk memberikan makna yang tepat . Saya realisme. Saya tidak percaya kepada perkara khayalan atau angan-angan. MLM , Skim Cepat Kaya semuanya saya tolak tepi. Kenapa? Tiada realisme! Perkara realisme boleh diterima oleh akal yang dikurniakan Tuhan. Banyak orang tidak tahu menggunakan akal anugerah Tuhan. Jadi, banyaklah yang kena tipu. Banyak juga yang tanggung bermacam-macam rugi. Saya pernah didorong untuk joint skim cepat kaya. Saya berpegang pada prinsip saya. Angan-angan tolak tepi. Saya minta bukti kekayaan datang dengan skim seumpama itu. Tapi, yang bersyarah depan saya tak ada kredibiliti. Semua cakap akan kaya. Mana jaminan? Buktikan dah kaya dengan skim cepat kaya. Semua yang saya jumpa macam tu jugak. Tak ada apa-apa. Jadi, tak ada realisme . Tak realistik. Bawalah bukti yang realistik baru boleh percaya. Kalau setakat bergambar sebelah kereta saya pun boleh buat. Kalau setakat berdiri depan banglo, saya pun boleh buat. Jangan berangan nak jadi jutawan kalau setakat melabur tunggu laba. Yang dah kaya tu pun bukan hasil skim yang dikempen tapi memang dah ada duit dari sumber lain. Bagi sikit komen?

No comments:

Post a Comment