Salam Aidilfitri. Seminggu sudah berlalu Aidilfitri namun perasaan gembira ketika menyambut hari lebaran tetap terasa. Sebulan Ramadhan berlalu bulan 'pesta ibadah' . Persoalannya, apakah ada perubahan tentang diri kita dulu sebelum dan selepas Ramadhan?
Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ada yang tunduk membiasu. Ada yang berseri-seri wajahnya. Memang sukar untuk dimengertikan kesan Ramadhan di dalam diri kita. Barangkali ada sesuatu yang dapat dimanfaatkan misalnya, mengaji Al-Quran , sembahyang sunat dan beramal jariah. Kalau itulah yang dapat diistiqamahkan dalam kehidupan seharian kita, alhamdulillah!
Banyak cabarannya untuk menjadi manusia yang terbaik. 'Kalau hendak seribu daya kalau tak hendak seribu dalih'. Mahu tidak mahu, cabaran tetap ditempuhi . Inilah yang menguji keimanan kita . Cabaran itu ada banyak jenis. Cabaran berkorban harta. Cabaran berkorban masa. Cabaran berkorban tenaga. Tetapi, paling sukar untuk dihadapi cabaran berkorban harta.
Berapa ramai antara kita sanggup berkorban harta di jalan agama? Bukan yang diminta banyak hanya sedikit. Berkorban harta bukan bermakna perlu bersedekah ratusan ringgit, ribuan ringgit hatta jutaan ringgit. Kalau ada beberapa ringgit pun sudah diangap berkorban harta. Contohnya, tabung bergerak di masjid atau surau. Apalah salahnya dihulurkan seringgit di mulut tabung . Kalau kira empat kali jumaat sebulan, baru empat ringgit. Betul tak? Sedikit pun tak apa asalkan ada. Kalau ada lebihg sedikit wang di dalam saku hulurlah dua ringgit , lima ringgit , sepuluh ringgit...
Semoga Ramadhan yang lalu telah memberikan sesuatu yang 'istimewa' kepada kita . AMIN!
No comments:
Post a Comment