Monday, September 28, 2009

SALAM AIDILFITRI

Salam Aidilfitri. Seminggu sudah berlalu Aidilfitri namun perasaan gembira ketika menyambut hari lebaran tetap terasa. Sebulan Ramadhan berlalu bulan 'pesta ibadah' . Persoalannya, apakah ada perubahan tentang diri kita dulu sebelum dan selepas Ramadhan?
Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ada yang tunduk membiasu. Ada yang berseri-seri wajahnya. Memang sukar untuk dimengertikan kesan Ramadhan di dalam diri kita. Barangkali ada sesuatu yang dapat dimanfaatkan misalnya, mengaji Al-Quran , sembahyang sunat dan beramal jariah. Kalau itulah yang dapat diistiqamahkan dalam kehidupan seharian kita, alhamdulillah!
Banyak cabarannya untuk menjadi manusia yang terbaik. 'Kalau hendak seribu daya kalau tak hendak seribu dalih'. Mahu tidak mahu, cabaran tetap ditempuhi . Inilah yang menguji keimanan kita . Cabaran itu ada banyak jenis. Cabaran berkorban harta. Cabaran berkorban masa. Cabaran berkorban tenaga. Tetapi, paling sukar untuk dihadapi cabaran berkorban harta.
Berapa ramai antara kita sanggup berkorban harta di jalan agama? Bukan yang diminta banyak hanya sedikit. Berkorban harta bukan bermakna perlu bersedekah ratusan ringgit, ribuan ringgit hatta jutaan ringgit. Kalau ada beberapa ringgit pun sudah diangap berkorban harta. Contohnya, tabung bergerak di masjid atau surau. Apalah salahnya dihulurkan seringgit di mulut tabung . Kalau kira empat kali jumaat sebulan, baru empat ringgit. Betul tak? Sedikit pun tak apa asalkan ada. Kalau ada lebihg sedikit wang di dalam saku hulurlah dua ringgit , lima ringgit , sepuluh ringgit...
Semoga Ramadhan yang lalu telah memberikan sesuatu yang 'istimewa' kepada kita . AMIN!

Tuesday, August 11, 2009

Tuesday, July 21, 2009

bagaimana nak kaya ?

bukan senang nak jadi senang , macam tu lah orang selalu kata tapi sebenarnya nak kaya bukan hanya berangan kena kerja keras usaha 200% . saya dah merasa gaji ciput 20 tahun dulu tapi sekarang alhamdulillah dah senang sikit usaha berterusan pasti berjaya . tapi jangan terpedaya cerita skim . nak bagi nasihat menyesal tak guna masa senang semua orang nak kawan dengan kita tapi bila susah sendiri tanggung la!

Wednesday, July 15, 2009

realisme

Realisme? Mungkin sukar utk memberikan makna yang tepat . Saya realisme. Saya tidak percaya kepada perkara khayalan atau angan-angan. MLM , Skim Cepat Kaya semuanya saya tolak tepi. Kenapa? Tiada realisme! Perkara realisme boleh diterima oleh akal yang dikurniakan Tuhan. Banyak orang tidak tahu menggunakan akal anugerah Tuhan. Jadi, banyaklah yang kena tipu. Banyak juga yang tanggung bermacam-macam rugi. Saya pernah didorong untuk joint skim cepat kaya. Saya berpegang pada prinsip saya. Angan-angan tolak tepi. Saya minta bukti kekayaan datang dengan skim seumpama itu. Tapi, yang bersyarah depan saya tak ada kredibiliti. Semua cakap akan kaya. Mana jaminan? Buktikan dah kaya dengan skim cepat kaya. Semua yang saya jumpa macam tu jugak. Tak ada apa-apa. Jadi, tak ada realisme . Tak realistik. Bawalah bukti yang realistik baru boleh percaya. Kalau setakat bergambar sebelah kereta saya pun boleh buat. Kalau setakat berdiri depan banglo, saya pun boleh buat. Jangan berangan nak jadi jutawan kalau setakat melabur tunggu laba. Yang dah kaya tu pun bukan hasil skim yang dikempen tapi memang dah ada duit dari sumber lain. Bagi sikit komen?